Cool Purple Pointer Glitter RPH | Permainan Tradisional

RPH

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Tahun 3 Sohor
Masa 10.15 - 10.45 (30 minit)
Tarikh / Hari 3 Oktober 2011 (Rabu)
Jumlah Murid 28 orang
Tajuk Permainan Gasing
(Rujukan: Buku Teks Bahasa Melayu - Jilid 2, m/s 30)
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
  1. Menjawab soalan kefahaman dengan betul dan tepat 3daripada 5 soalan yang diberikan
  2. Membaca pantas petikan dengan kelancaran sebutan yang betul dan intonasi yang sesuai.
Kemahiran 3. Menyampaikan maklumat kepada pihak lain dengan pengucapan mudah, betul, menarik dan berkesan.
Sub Kemahiran 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan kata, istilah, frasa, ayat yang tepat dan laras bahasa yang sesuai.

Aras 1 - Mengumpul isi penting tentang sesuatu perkara yang didengar, dibaca atau ditonton.
Aras 2 - Membentangkan maklumat yang diperolehi secara ringkas dan tepat.

Kemahiran Bahasa Mendengar dan bertutur, membaca, menulis
Sistem Bahsa Kosa Kata: menuai, tradisional, tali gasing, berputar
Ilmu Sejarah
Nilai Kerjasama, kesenian kreatif
Kemahiran Berfikir Menghubungkaitkan, mencirikan, menilai, penjanaan idea.
Kecerdasan Pelbagai Interpersonal, intrapersonal, verbal linguistic
Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah tengok gambar gasing dan pernah bermain gasing di halaman rumah mereka.
Bahan bantu mengajar Gambar gasing, bahan maujud (gasing), kad petikan teks , lembaran kerja, permainan bahasa, kad cantum perkataan

Langkah/MasaAktivitiCatatan
Set Induksi
(5 minit)
Guru meminta ketua kumpulan mara kehadapan dan memberikan sampul yang berisi gambar gasing. Ketua kumpulan mengarahkan ahlikumpulannnya untuk menyusun Puzzle tersebut sehingga berjaya. Kumpulan yang paling cepat menyiapkannya akan dikira sebagai pemenang. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari itu iaitu Permainan Gasing. Puzzle: gambar sebuah gasing
Langkah 1
(4 minit)
Guru bersoal jawab dengan murid tentang permainan gasing ini.
  • Siapa yang suka bermain gasing?
  • Bagaimana bermain gasing?
  • Apa dia gasing?
  • Di mana tempat sesuai bermain gasing?
  • Bila masa yang sesuai bermain gasing?
Bersoal Jawab
Langkah 2
(10 minit)
Bacaan kuat petikan “Permainan Gasing”

Bacaan kuat ini dilakukan dalam kumpulan besar iaitu secara kelas, kumpulan dan akhirnya secara individu.

Perbincangan tentang petikan Permainan Gasing dan perbincangan makna perkataan sukar yang diperolehi dalam teks tersebut.
Bacaan Kuat

Perbincangan isi teks
Langkah 3
(7 minit)
Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks petikan Permainan Gasing.

Perbincangan jawapan yang ditulis oleh murid dan pembetulan hasil penulisan murid.
Lembaran kerja
PenutupMurid mencari perkataan tersembunyi dalam permainan bahasa. Murid yang terpantas mencari 10 perkataan akan dikira sebagai pemenang. Aktiviti pengukuhan murid diminta membaca tentang jenis permainan tradisional lain dan kepada murid pemulihan mereka di beri kad mencantumkan dua perkataan menjadii perkataan bermakna.Kad cantum perkataan

Permainan bahasa.

Video pengajaran


video